//Syakilla Natashah
Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya.

Saturday 17 May 2014 @ 05:39 | 0 Comment [s]


      Assalamualaikum, hai & Helloooo para pembaca blog ini. Pada hari ini, saya ada topik untuk dibincangkan bersama. Tajuknya, ialah kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya. Secara umumnya, angka kematian di jalan raya semakin meningkat dari semasa ke semasa seperti yang telah dinyatakan dengan lebih terperinci oleh laman sesawang ini.
Pada pandangan saya, ini semua adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang suka memandang ringan mengenai papan tanda di jalan raya. Sebelum itu, adakah anda tahu apa itu papan tanda? Mesti anda tahu kan? Anda boleh lihat contoh gambar di bawah ini :


Gambar di atas merupakan beberapa papan tanda jalan raya yang anda boleh lihat. Mesti anda selalu lihat benda ini di jalan raya kan? Contohnya, jika anda ingin parking kereta, mesti ada papan tanda yang menyatakan jikalau anda boleh atau tidak meletak kereta di tempat tersebut kan?

Para pembaca yang dikasihi sekalian, memandangkan keadaan yang sedemikian, anda haruslah peka mengenai kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya ini dan mengambil serius mengenai hal ini. Ini adalah untuk kebaikan kita semua.

 Buat pengetahuan semua, perkara ini sangat penting ya kawan-kawan. Ini adalah cara untuk mengelakkan kematian di jalan raya semakin meningkat. Tolong ambil perhatian :) 


Di antara kepentingannya ialah kita dapat ; - 
  • Mengelakkan kemalangan berlaku.
  • Menunjukkan arah destinasi yang kita hendak pergi.
  • Menjimatkan masa kerana tidak perlu melihat peta.
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
 Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mematuhi papan tanda jalan raya. Jangan langgar peraturan tersebut tahu? Nanti akibatnya kita juga yang akan kena. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya :)

 Para pembaca yang dihormati sekalian, anda boleh meluahkan pendapat anda dengan mengomen "post" ini ya, sekian terima kasih.



B-A-H-A-G-I-A

Saturday 5 April 2014 @ 21:13 | 0 Comment [s]

Hari ini aku bahagia sangat!


Logo sekolah

Pemilik blog

Hi ✌ Harap tak jemu singgah ke blog saya ❤
“Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan”

Kalau perlu apa-apa, boleh lawat ;

TW FB

Navigations!

Diari Biodata website


Jom borak!


Kredit!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Syakilla-Natashah

Best View at GOOGLE CHROME!